Just another free Blogger theme

Search

Powered by Blogger.

23 Aug 2013

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Kerajaan masih menanti kenyataan rasmi daripada pemerintah kerajaan Mesir ketika ini mengenai dakwaan yang mengatakan terdapat pelajar Malaysia di negara tersebut ditahan ekoran menyertai demonstrasi jalanan bersama rakyat Mesir.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Tajuddin berkata, sehingga hari ini tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan kerajaan Mesir bagi menyokong dakwaan tersebut.

"Ini merupakan satu spekulasi, kepastian (terhadap penangkapan pelajar akan terjawab) apabila kerajaan Mesir hantar (kenyataan) kepada kepada kita bahawa ada rakyat Malaysia ditangkap dan sebagainya barulah saya akan umumkan kenyataan kemudian," katanya kepada pemberita ketika menyambut kepulangan 365 pelajar Malaysia dari Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.

Kepulangan kesemua pelajar tersebut diterbangkan khas dengan menaiki pesawat Air Asia X dari Cairo dan mendarat di KLIA kira-kira jam 7.30 pagi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan P Kalamanathan dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Hamzah kemudiannya menyarankan agar rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir untuk tidak melibatkan diri dalam siri demonstrasi politik yang berlaku di negara bergolak tersebut.

Jelasnya, Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk berkecuali dalam hal ini justeru rakyat Malaysia yang masih berada di negara tersebut khususnya pelajar, mengambil pendekatan yang lebih relevan dalam membuat sesuatu keputusan.

"Kementerian Luar telah menasihatkan supaya tiada rakyat Malaysia sama ada pelajar atau warga biasa yang tinggal di Mesir untuk campur tangan dalam konflik yang ada di sana.

"Kalau ada, mereka ditangkap kita (kerajaan) tidak akan bertanggungjawab kerana kita telah mengeluarkan kenyataan yang benar-benar tegas supaya jangan sekali-kali cuba campur tangan," tegasnya.
Sumber HAPRAK NEWS


Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Pellentesque volutpat volutpat nibh nec posuere. Donec auctor arcut pretium consequat. Contact me 123@abc.com

0 comments:

Post a Comment