Just another free Blogger theme

Search

Powered by Blogger.

19 Sept 2013

Kalau bukan dalang 13 Mei,kenapa Lim Kit Siang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) enam hari selepas tragedi berdarah rusuhan kaum 1969 itu ? Kit Siang ditahan pada 18 Mei 1969 yang ditempatkan di pusat tahanan Muar dan dibebaskan pada 1 Oktober 1970.Bermakna penahanannya selama satu tahun tiga bulan,satu jangka masa yang lama dan tidak adil jika Kit Siang ditahan tanpa ada kaitan dengan tragedi rusuhan kaum 13 Mei.Namun,hingga kini,selepas 44 tahun masa berlalu,Kit Siang tidak pernah menyaman kerajaan terhadap penahanannya itu,sekaligus mengesahkan penahanannya selepas enam hari tragedi berdarah itu adalah tepat dan tidak mampu disangkal lagi.Kit Siang sepatutnya membersihkan namanya terlebih dahulu dan bukannya menuntut perkara mustahil seperti mahu kerajaan laksanakan Suruhajaya Diraja untuk siasat 13 Mei kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) serta telah diwartakan dalam bentuk laporan kertas putih pada Oktober 1969.Ekoran tragedi berdarah itu, pada malam 16 Mei 1969,kerajaan telah mengisytiharkan darurat.Parlimen digantung.Negara diperintah oleh Yang DiPertuan Agong di bawah undang-undang tentera.Tunku Abdul Rahman telah menarik diri daripada mengetuai Mageran, tempat beliau digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tun Abdul Razak.Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang lagi. 

Antara tindakan yang diambil termasuk membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang Perlembagaan negara. Turut dilancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.Itu merupakan langkah-langkah yang dilakukan kerajaan untuk memulihkan negara, jadi bagaimana pula dengan langkah Kit Siang untuk membersihkan namanya daripada terus dituduh sebagai pencetus insiden tersebut ? Tidak cukup sekadar berceramah kepada para penyokongnya atau menerbitkan buku-buku penafian melalui partinya kerana ia hanya satu sumber daripada individu yang dituduh itu sendiri. Bukan sekadar menepis dalam bentuk propaganda murahan, perlu dilakukan dengan langkah pantas maju ke hadapan yang lebih konkrit, membersihkan namanya di mahkamah, mendakwa penahanan terhadapnya pada 18 Mei 1969 adalah tidak sah, dia serta partinya bukan dalang ke arah tercetusnya tragedi berdarah itu. 

Mahu digelar jaguh rasis ? 

Ini merupakan pandangan pengikutnya,Steven Sim yang menobatkan Kit Siang adalah hero apabila ditahan ISA selepas 6 hari tragedi berdarah 13 Mei.“Pada masa itu,Kit Siang umurnya hanya 28 tahun,partinya DAP hanya setahun jagung (DAP secara rasminya ditubuhkan pada 1966).“Pada 13 Mei 1969, Lim Kit Siang berada di Kota Kinabalu (KK), Sabah.Dia tiada di Kuala Lumpur tempat memuncaknya pergolakan. Komrad-komrad memberi amaran kepada Kit Siang bahawa jika dia pulang ke Kuala Lumpur, besar kemungkinan akan ditahan ataupun mungkin perkara yang lebih teruk akan berlaku ke atas dirinya.“Tetapi Lim Kit Siang bukan penakut, dia bertegas untuk pulang ke Kuala Lumpur.Ketika itu,tiadalah penerbangan terus dari KK ke KL, maka Kit Siang terpaksa singgah di Singapura. Di Singapura, sekali lagi Kit Siang dinasihatkan supaya jangan pulang, nanti jadi mangsa kekejaman politik pemerintah.Pemerintah perlukan domba korban untuk peristiwa 13 Mei dan pembangkanglah target mudah mereka,” tulis pengikutnya itu. 

Barangkali inilah yang dikehendaki Kit Siang, mahu anak muda sebangsa dengannya mengidolakan, taksub kepadanya dan mengangkatnya menjadi jaguh rasis memperjuangkan kaumnya sendiri. Mungkin juga dengan label jaguh rasis itu, Kit Siang mammpu meneruskan legasi memimpin DAP untuk anak dan cucunya. Steven Sim menulis catatan memuja mentornya di blognya, stevensim.wordpress.com pada 21 Februari 2011,ketika berjawatan Bendahari Pemuda Sosialis DAP Negeri Pulau Pinang. Menurutnya, Kit Siang adalah hero, berani bertanggungjawab, meskipun telah diberitahu oleh pengikut-pengikutnya yang dia bakal ditangkap selepas berlaku insiden 13 Mei 1969. Steven Sim turut membuat andaian,sekiranya Kit Siang tidak pulang ke Malaysia dan terus menetap di Singapura berkemungkinan dia sekarang menjadi salah seorang penting di negara itu.Namun,Kit Siang mengambil pendekatan sebaliknya dan ditahan di lapangan terbang Subang. “Lim Kit Siang telah pulang ke tanah air pada tahun 1969 dan terus ditahan “on the spot” di lapangan terbang Subang,” tulisnya lagi.Pengikut Kit Siang yang bernama Steven Sim sekarang ini adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam,individu yang lantang menyokong tindakan A Samad Said dan Hishamuddin Rais mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini.

ANDA NAK LAGI CERITA SEBENAR ???


Seperti yang saya tuliskan semalam,hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP.Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan.Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan. 

i) Cawangan sijil A 
ii) Cawangan sijil B Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi. Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi,walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A. Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya. 

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa. Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan,Timbalan Pengerusi Kebangsaan,Naib Pengerusi Kebangsaan,Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain.Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi,Naib Pengerusi,Setiausaha Agung dan jawatan lain.Tidak ada undi sulit.Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim.Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye,Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang.Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012.Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu,kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?


UNTUK SELANJUTNYA 

16 Sept 2013


Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok, pada pukul 6.20 pagi Isnin. Beliau berusia 90 tahun.Menurut laporan Bangkok Post,Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia akibat sakit tua.Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat.Chin Peng yang lahir pada 21 Oktober 1924 mempunyai seorang anak lelaki di Malaysia sementara anak perempuaanya kini menetap di Australia.Berdasarkan laporan,Chin Peng mempunyai empat orang abang.Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang. 

Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.Chin Peng diberikan pasport orang asing oleh kerajaan Thailand dan hidup dalam buangan selepas mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.Pemberontakan komunis gagal dan beliau hidup dalam buangan di Thailand serta tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star pada 2009,Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya,iaitu Setiawan di Perak.Tetapi dia juga berkata,jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi,dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.

Pada 2008,cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum beliau boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia -The Star

28 Aug 2013

Pastinya anda tidak akan lupa dengan pasangan seks yang penuh kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee. Nampaknya pasangan itu kembali aktif apabila akaun laman sosial Twitter mereka beroperasi semula.Jika dilihat,pasangan itu kembali aktif pada 26 Ogos lalu dengan membalas komen-komen yang dilontarkan oleh peminat mereka.
Pada masa yang sama,timbul persoalan dibenak fikiran pelayar laman sosial Twitter apabila mereka dikatakan telah melanggar arahan mahkamah.Pada 26 Julai lalu,Hakim Mohd Azman Husin membenarkan pasangan itu diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam ‘Selamat Berbuka Puasa’ di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka.

Beliau turut memerintahkan supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel,komen,gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.Selain itu,mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar,komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.



Apa yang cuba pasangan ini lakukan setelah mereka dilihat ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah tempoh hari? Mahkamah mana yang keluarkan arahan membenarkan mereka mengakses internet? Bagaimanapun pasangan itu haruslah berhati-hati supaya sebarang kenyataan atau komen yang dikeluarkan tidak mencetuskan ketegangan antara kaum- HAPARAK NEWS

23 Aug 2013


AMPANG 23 Ogos - Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang jaya berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam beberapa siri jenayah pecah rumah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, suspek ketika itu menaiki sebuah kenderaan berada dalam keadaan yang mencurigakan sebelum anggota URB menahannya kira-kira jam 11.20 pagi.

"Suspek yang menyedari kehadiran anggota URB, cuba melarikan diri namun melanggar lima buah kenderaan lain."

"Anggota berkenaan berjaya memberkas suspek setelah mengejarnya sehingga lampu trafik berhampiran sebuah pasar pagi di Taman Muda," katanya.
Amiruddin berkata, pihaknya merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah pecah rumah dan suspek kini direman untuk siasatan lanjut.

"Kami juga turut menjumpai beberapa peralatan menghisap dadah dalam kenderaan tersebut. Semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau," katanya.

"Kami yakin dengan tangkapan ini, beberapa kes pecah rumah di sekitar Ampang dapat diselesaikan," ujarnya.
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Kerajaan masih menanti kenyataan rasmi daripada pemerintah kerajaan Mesir ketika ini mengenai dakwaan yang mengatakan terdapat pelajar Malaysia di negara tersebut ditahan ekoran menyertai demonstrasi jalanan bersama rakyat Mesir.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Tajuddin berkata, sehingga hari ini tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan kerajaan Mesir bagi menyokong dakwaan tersebut.

"Ini merupakan satu spekulasi, kepastian (terhadap penangkapan pelajar akan terjawab) apabila kerajaan Mesir hantar (kenyataan) kepada kepada kita bahawa ada rakyat Malaysia ditangkap dan sebagainya barulah saya akan umumkan kenyataan kemudian," katanya kepada pemberita ketika menyambut kepulangan 365 pelajar Malaysia dari Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.

Kepulangan kesemua pelajar tersebut diterbangkan khas dengan menaiki pesawat Air Asia X dari Cairo dan mendarat di KLIA kira-kira jam 7.30 pagi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan P Kalamanathan dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Hamzah kemudiannya menyarankan agar rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir untuk tidak melibatkan diri dalam siri demonstrasi politik yang berlaku di negara bergolak tersebut.

Jelasnya, Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk berkecuali dalam hal ini justeru rakyat Malaysia yang masih berada di negara tersebut khususnya pelajar, mengambil pendekatan yang lebih relevan dalam membuat sesuatu keputusan.

"Kementerian Luar telah menasihatkan supaya tiada rakyat Malaysia sama ada pelajar atau warga biasa yang tinggal di Mesir untuk campur tangan dalam konflik yang ada di sana.

"Kalau ada, mereka ditangkap kita (kerajaan) tidak akan bertanggungjawab kerana kita telah mengeluarkan kenyataan yang benar-benar tegas supaya jangan sekali-kali cuba campur tangan," tegasnya.
Sumber HAPRAK NEWS

19 Aug 2013

PUTRAJAYA 19 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pemilihan pucuk pimpinan Umno pada Oktober ini akan menampilkan kombinasi barisan pemimpin berpengalaman dan muka baru.
 
Presiden Umno itu berkata satu suasana telah diwujudkan iaitu mana-mana anggota parti bebas bertanding dengan memenuhi syarat yang ditetapkan berdasarkan perlembagaan baharu parti.
 
"Kita tak ada apa-apa saranan dibuat sebenarnya (pada pemilihan parti). Kita perlu (pemimpin) yang berpengalaman dalam Umno, di samping itu, kita perlu juga ada bakat-bakat baharu dalam Umno. Kalau kita sekat bakat-bakat baharu daripada muncul, maka kita akan menghadapi kesukaran nanti terutama untuk memilih calon-calon yang berwibawa bila sampai pada masanya.
 
"Umno adalah sebuah parti demokratik. Kita perlu ambil kira perasaan anggota-anggota parti jika parti mahukan kesinambungan dan kestabilan. Itulah pandangan anggota parti. Pada masa sama perlu ada keseimbangan antara kesinambungan dan keperluan membawa masuk bakat baharu dalam parti di semua peringkat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas keputusan beberapa pemimpin Umno tidak bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
 
Najib juga melahirkan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin yang memberi laluan kepada orang lain untuk bertanding dan juga kepada mereka yang menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu menyumbang kepada kepimpinan Umno di peringkat tertentu.
 
Antara pemimpin Umno yang memutuskan tidak bertanding jawatan MT ialah Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.