Just another free Blogger theme

Search

Powered by Blogger.

28 Aug 2013

Pastinya anda tidak akan lupa dengan pasangan seks yang penuh kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee. Nampaknya pasangan itu kembali aktif apabila akaun laman sosial Twitter mereka beroperasi semula.Jika dilihat,pasangan itu kembali aktif pada 26 Ogos lalu dengan membalas komen-komen yang dilontarkan oleh peminat mereka.
Pada masa yang sama,timbul persoalan dibenak fikiran pelayar laman sosial Twitter apabila mereka dikatakan telah melanggar arahan mahkamah.Pada 26 Julai lalu,Hakim Mohd Azman Husin membenarkan pasangan itu diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam ‘Selamat Berbuka Puasa’ di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka.

Beliau turut memerintahkan supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel,komen,gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.Selain itu,mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar,komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.



Apa yang cuba pasangan ini lakukan setelah mereka dilihat ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah tempoh hari? Mahkamah mana yang keluarkan arahan membenarkan mereka mengakses internet? Bagaimanapun pasangan itu haruslah berhati-hati supaya sebarang kenyataan atau komen yang dikeluarkan tidak mencetuskan ketegangan antara kaum- HAPARAK NEWS

23 Aug 2013


AMPANG 23 Ogos - Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang jaya berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam beberapa siri jenayah pecah rumah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, suspek ketika itu menaiki sebuah kenderaan berada dalam keadaan yang mencurigakan sebelum anggota URB menahannya kira-kira jam 11.20 pagi.

"Suspek yang menyedari kehadiran anggota URB, cuba melarikan diri namun melanggar lima buah kenderaan lain."

"Anggota berkenaan berjaya memberkas suspek setelah mengejarnya sehingga lampu trafik berhampiran sebuah pasar pagi di Taman Muda," katanya.
Amiruddin berkata, pihaknya merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah pecah rumah dan suspek kini direman untuk siasatan lanjut.

"Kami juga turut menjumpai beberapa peralatan menghisap dadah dalam kenderaan tersebut. Semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau," katanya.

"Kami yakin dengan tangkapan ini, beberapa kes pecah rumah di sekitar Ampang dapat diselesaikan," ujarnya.
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Kerajaan masih menanti kenyataan rasmi daripada pemerintah kerajaan Mesir ketika ini mengenai dakwaan yang mengatakan terdapat pelajar Malaysia di negara tersebut ditahan ekoran menyertai demonstrasi jalanan bersama rakyat Mesir.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Tajuddin berkata, sehingga hari ini tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan kerajaan Mesir bagi menyokong dakwaan tersebut.

"Ini merupakan satu spekulasi, kepastian (terhadap penangkapan pelajar akan terjawab) apabila kerajaan Mesir hantar (kenyataan) kepada kepada kita bahawa ada rakyat Malaysia ditangkap dan sebagainya barulah saya akan umumkan kenyataan kemudian," katanya kepada pemberita ketika menyambut kepulangan 365 pelajar Malaysia dari Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.

Kepulangan kesemua pelajar tersebut diterbangkan khas dengan menaiki pesawat Air Asia X dari Cairo dan mendarat di KLIA kira-kira jam 7.30 pagi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan P Kalamanathan dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Hamzah kemudiannya menyarankan agar rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir untuk tidak melibatkan diri dalam siri demonstrasi politik yang berlaku di negara bergolak tersebut.

Jelasnya, Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk berkecuali dalam hal ini justeru rakyat Malaysia yang masih berada di negara tersebut khususnya pelajar, mengambil pendekatan yang lebih relevan dalam membuat sesuatu keputusan.

"Kementerian Luar telah menasihatkan supaya tiada rakyat Malaysia sama ada pelajar atau warga biasa yang tinggal di Mesir untuk campur tangan dalam konflik yang ada di sana.

"Kalau ada, mereka ditangkap kita (kerajaan) tidak akan bertanggungjawab kerana kita telah mengeluarkan kenyataan yang benar-benar tegas supaya jangan sekali-kali cuba campur tangan," tegasnya.
Sumber HAPRAK NEWS

19 Aug 2013

PUTRAJAYA 19 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pemilihan pucuk pimpinan Umno pada Oktober ini akan menampilkan kombinasi barisan pemimpin berpengalaman dan muka baru.
 
Presiden Umno itu berkata satu suasana telah diwujudkan iaitu mana-mana anggota parti bebas bertanding dengan memenuhi syarat yang ditetapkan berdasarkan perlembagaan baharu parti.
 
"Kita tak ada apa-apa saranan dibuat sebenarnya (pada pemilihan parti). Kita perlu (pemimpin) yang berpengalaman dalam Umno, di samping itu, kita perlu juga ada bakat-bakat baharu dalam Umno. Kalau kita sekat bakat-bakat baharu daripada muncul, maka kita akan menghadapi kesukaran nanti terutama untuk memilih calon-calon yang berwibawa bila sampai pada masanya.
 
"Umno adalah sebuah parti demokratik. Kita perlu ambil kira perasaan anggota-anggota parti jika parti mahukan kesinambungan dan kestabilan. Itulah pandangan anggota parti. Pada masa sama perlu ada keseimbangan antara kesinambungan dan keperluan membawa masuk bakat baharu dalam parti di semua peringkat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas keputusan beberapa pemimpin Umno tidak bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
 
Najib juga melahirkan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin yang memberi laluan kepada orang lain untuk bertanding dan juga kepada mereka yang menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu menyumbang kepada kepimpinan Umno di peringkat tertentu.
 
Antara pemimpin Umno yang memutuskan tidak bertanding jawatan MT ialah Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.




RABAT
 19 Ogos - Hampir 10,000 rakyat menyertai demonstrasi di ibu negara Maghribi ini sebagai membantah tindakan kejam pihak keselamatan Mesir.

Perarakan yang membawa sepanduk mengutuk operasi ketenteraan itu telah meragut beratus-ratus nyawa penunjuk perasaan serta menuntut supaya dikembalikan semula kuasa pemerintahan kepada bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi.

Mereka turut melaungkan hasrat untuk pengusiran Duta Mesir ke Maghribi.

“Askar sepatutnya melaksanakan tanggungjawab mereka mempertahankan keselamatan negara dan bukannya membunuh rakyat sendiri," kata ahli akademik, Driss Leghroudi. - AFP.